KUALA LUMPUR: Peruntukan RM240 juta bagi persiapan penganjuran Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14 tahun depan membawa amanah serta tanggungjawab besar kepada Sekretariat Penganjur Sukan SEA Malaysia (MASOC) 2027 untuk memastikan temasya berkenaan berlangsung dengan jayanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat MASOC 2027, Datuk Abdul Rashid Yaakub berkata, pihaknya akan terus memperkukuh persiapan bagi memastikan Malaysia bersedia menyambut kehadiran atlet terbaik Asia Tenggara.

"Peruntukan ini membawa amanah dan tanggungjawab yang besar kepada kami. MASOC 2027 akan terus memperkukuh persiapan bagi memastikan Malaysia bersedia menyambut atlet terbaik Asia Tenggara, menyatukan rakyat menerusi semangat kesukanan dan membuktikan bahawa kita mampu menganjurkan temasya yang membanggakan seluruh negara.