Kuala Lumpur: Peruntukan RM240 juta bagi persiapan penganjuran Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2027 penting dalam memastikan Malaysia bersedia menganjurkan temasya itu, di samping memanfaatkan peluang sebagai tuan rumah untuk meningkatkan prestasi atlet negara.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Jefri Ngadirin berkata, pihaknya menghargai peruntukan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2027 semalam.
"Penganjuran kedua-dua temasya ini memberi peluang untuk mengangkat imej Malaysia di persada antarabangsa, mempamerkan keupayaan negara serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat.
"Pada masa yang sama, kita mahu memastikan atlet negara mendapat persiapan terbaik agar dapat memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri dan memberikan saingan yang membanggakan," katanya.








