IPOH: Kementerian Kesihatan (KKM) akan memperluas Program Penyumberan Luar Perkhidmatan Hospital (HSOP) bagi merangkumi lebih ramai pesakit dan berpotensi membabitkan bidang kepakaran baharu, susulan peningkatan peruntukan RM200 juta di bawah Belanjawan 2027.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Mohd Azman Yaacob, berkata tambahan dana sebanyak RM56 juta itu akan membolehkan kementerian merujuk lebih ramai pesakit ke hospital swasta untuk mendapatkan rawatan.

Beliau berkata, kementerian juga sedang meneliti kemungkinan untuk memperluas program itu kepada bidang kepakaran lain, termasuk onkologi.

"HSOP bertujuan mengurangkan tempoh menunggu dan mengatasi kesesakan di hospital kerajaan.