PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerima peruntukan RM19.1 bilion menerusi Belanjawan 2027, meningkat RM500 juta berbanding RM18.6 bilion pada tahun ini.

KPT dalam kenyataan memaklumkan, daripada jumlah itu, sebanyak RM15.13 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus, manakala RM3.96 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Peruntukan berkenaan akan digunakan bagi memperkukuh prasarana institusi pendidikan tinggi (IPT), meningkatkan kualiti pendidikan, memperkasa penyelidikan dan inovasi serta menjaga kebajikan mahasiswa.

Bagi menaik taraf kemudahan kampus, kerajaan menyediakan RM800 juta untuk membaik pulih prasarana usang di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA), termasuk bilik kuliah, kediaman