KUALA LUMPUR: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) bakal melaksanakan pelaburan strategik bernilai RM3.4 bilion bagi menjayakan program pemulihan menyeluruh perkhidmatan rel di seluruh negara.

Langkah terbabit sebahagian daripada komitmen jangka panjang syarikat pengendali pengangkutan awam utama berkenaan untuk memperkukuh keupayaan serta daya tahan sistem rel tempatan.

Menurut kenyataan media Prasarana hari ini, pelaburan besar berkenaan diumumkan menerusi pembentangan Belanjawan 2027 oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

​"Pelaburan strategik ini bertujuan mengoptimumkan prestasi dan kebolehpercayaan aset, di samping meminimumkan risiko gangguan perkhidmatan demi memastikan pengalaman perjalanan yang lebih lancar, selamat, dan selesa kepada pengguna," katanya dalam kenyataan itu.