PETALING JAYA: Prasarana Malaysia Berhad melabur RM3.4 bilion untuk pemulihan menyeluruh perkhidmatan rel di bawah kendalian mereka.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia dilaksanakan susulan sejak kebelakangan ini, rakyat sering berdepan kejadian tren rosak atau perkhidmatan tergendala sehingga menjejaskan perjalanan mereka ke tempat kerja.
Katanya, oleh itu Prasarana dan KTMB telah dipertanggungjawabkan untuk mengambil langkah segera bagi memastikan kelancaran perkhidmatan tren.
“Sebagai penyelesaian jangka panjang, Prasarana melabur lebih 3.4 bilion ringgit untuk pemulihan menyeluruh perkhidmatan rel mereka.








