Kuala Lumpur: Kerajaan memperuntukkan RM757 juta bagi pembangunan sukan negara dan persiapan penganjuran Sukan SEA serta Sukan Para ASEAN 2027, dalam usaha memperkukuh ekosistem sukan dan melahirkan lebih ramai atlet berprestasi tinggi.

Daripada jumlah itu, RM460 juta disediakan bagi pembangunan sukan negara, manakala RM240 juta diperuntukkan untuk persiapan penganjuran kedua-dua temasya berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penganjuran Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN tahun depan perlu dimanfaatkan untuk mengangkat imej negara serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat.

"Temasya gemilang ini harus dimanfaatkan untuk mengangkat wibawa negara dan membangkitkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Parlimen, hari ini.