Kuala Lumpur: Bagi mengenang jasa penjawat awam, kerajaan bersetuju menyalurkan bantuan khas kewangan RM1,500 kepada 1.3 juta penjawat awam gred utama B dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan khas kewangan sebanyak RM750 turut diberikan kepada lebih sejuta pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen.
Pembayaran bantuan khas kewangan ini akan dibuat sebanyak dua kali iaitu sebelum Aidilfitri dan sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-70 negara.









