Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, dengan tema 'menggapai di langit serta mengakar di bumi'.
Belanjawan MADANI kelima ini meneruskan tekad untuk memastikan kemajuan negara dirasai setiap rakyat, agar taraf kehidupan terus ditingkatkan, nasib mereka terbela dan setiap daripada kita dapat hidup secara bermaruah.
Belanjawan MADANI Kelima meneruskan dasar fiskal mengembang dengan mendaya guna seluruh kekuatan negara keseluruhannya berjumlah RM510 bilion ketimbang RM470 bilion.
Pecahannya: RM376.8 bilion ringgit belanja mengurus Persekutuan; RM 83 bilion belanja pembangunan Persekutuan; RM25 ringgit pelaburan GLIC; RM11 bilion ringgit pelaburan awam-swasta; RM14.2 bilion ringgit pelaburan Badan Berkanun Persekutuan dan syarikat MKD








