KUALA LUMPUR: Pengasas Skop Productions, Datuk Yusof Haslam, menyifatkan pengecualian cukai duti hiburan bagi Wilayah Persekutuan sebagai langkah tepat dalam membantu meringankan beban penggiat filem yang berdepan peningkatan kos penerbitan.
Yusof turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana mengambil perhatian terhadap isu cukai duti hiburan yang disuarakannya ketika pertemuan mereka, enam bulan lalu.
Katanya, pengecualian itu memberi kelegaan kepada penggiat industri perfileman yang selama ini terpaksa menanggung pelbagai kos dalam menerbitkan karya.
"Pada pertemuan dengan PMX enam bulan lalu di pejabat beliau, saya ada menyuarakan mengenai cukai duti hiburan sebanyak 25 peratus yang bagi kami sebagai pembikin filem agak membebankan.








