KUALA LUMPUR: Kerajaan memahami kedudukan kewangan negara ketika ini meskipun pertambahan peruntukan kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menerusi Belanjawan 2027 adalah kecil.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau menghargai peruntukan RM12.68 bilion yang diberikan kepada kementeriannya serta komitmen kerajaan untuk meneruskan pembangunan luar bandar.

“Walaupun hanya terdapat sedikit pertambahan peruntukan, saya fikir kita memahami kedudukan kewangan negara dan menghargai tumpuan yang diberikan kepada kementerian kami,” katanya ketika ditemui selepas pembentangan Belanjawan 2027, hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, keutamaan KKDW adalah memastikan setiap peruntukan digunakan secara berkesan bagi melaksanakan program yang memberi impak besar kepada kumpulan sas