KUALA LUMPUR: Di sebalik kesibukan membuat persiapan menjelang hari perkahwinan, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, sempat mencatat pencapaian peribadi apabila menamatkan larian separuh maraton sejauh 21.1 kilometer dengan rekod terbaiknya, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di akaun Facebook, Syed Saddiq, 34, menamatkan larian ASICS Half Marathon dalam masa satu jam 38 minit 31 saat, dengan purata pace empat minit 40 saat bagi setiap kilometer.
Lebih bermakna, tunangnya yang juga pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, turut hadir di garisan penamat untuk memberikan sokongan kepada bakal suaminya itu.
"Larian terakhir sebelum kahwin. Nasib baik dapat rekod peribadi terbaik. Terima kasih Bella Astillah," tulisnya menerusi kapsyen perkongsian berkenaan.










