KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul sempat menitipkan ucapan ‘selamat pengantin baharu’ kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sejurus selesai pembentangan Belanjawan 2027 hari ini.

Ucapan mesra dan spontan itu disuarakan Johari selepas Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai membentangkan belanjawan di Dewan Rakyat.