Kuala Lumpur: Kerajaan menyediakan geran padanan sehingga RM5,000 kepada syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang mahu mendapatkan sijil halal kali pertama.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata ia antara usaha kerajaan bagi membantu usahawan PMKS yang berpotensi tetapi berdepan kesukaran memohon sijil halal.
"Kebanyakan usahawan kita mempunyai produk berkualiti, tetapi sukar untuk mendapatkan pensijilan halal dan menembusi pasaran yang lebih luas.
"Kerajaan bersetuju menyediakan geran padanan sehingga RM5,000 kepada syarikat PMKS yang mahu mendapatkan sijil halal kali pertama," katanya.









