Lizam Ridzuan

lizamridzuan@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Kerajaan menawarkan potongan cukai bagi kos penempatan semula yang layak sehingga RM5 juta kepada syarikat vendor automotif milik tempatan sepenuhnya, yang memindahkan operasi ke Automotive Hi-Tech Valley (AHTV), Tanjong Malim.

Insentif itu meliputi perbelanjaan yang dibuat mulai 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2030.

Langkah itu bertujuan menggalakkan lebih banyak vendor automotif tempatan beroperasi di AHTV, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai hab automotif serantau.