KUALA LUMPUR: Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim melahirkan rasa prihatin dengan menitipkan pesanan terbuka kepada pelawak, Jep dan Shuib, untuk menepis ego serta segera menjernihkan hubungan persahabatan yang sedang bergolak.
Menerusi hantaran dikongsi di Facebook (FB), Dr Mohd Izhar mengingatkan kedua-dua figura popular itu supaya tidak membenarkan perselisihan faham meranapkan seribu kenangan indah yang pernah dibina bersama sejak dari awal perjuangan.
"Dalam hidup ini, tidak semua yang pernah rapat akan sentiasa sependapat. Ada waktunya kita berselisih, terasa hati, kecewa dan memilih untuk membawa haluan sendiri. Namun, jangan sampai kerana satu perselisihan, kita melupakan seribu kenangan yang pernah dibina bersama.









