YAN - Dua beradik dari Kampung Sungai Daun Tengah di sini diberikan notis hadir ke pejabat agama untuk siasatan lanjut kerana dikesan gagal menunaikan sembahyang Jumaat.Pegawai Agama Daerah Yan, Syeikh Mohd Ikmal Hafif Azmi berkata, kedua-duanya berusia 37 dan 23 tahun mengaku tidak sembahyang Jumaat ketika serbuan dilakukan anggota penguatkuasa agama hasil maklumat awam dan risikan.Menurutnya, operasi pertama kali dilaksanakan di Kedah itu membabitkan keseluruhan 18 anggota penguatkuasa wanita, anggota polis wanita dan bantuan PPA lelaki yang hadir selepas selesai solat Jumaat."Selain menguatkuasakan undang-undang, kita juga nak menzahirkan pada masyarakat bahawa ia adalah satu kesalahan pada hukum syarak dan juga pada undang-undang negeri."Selain itu, kita nak menyeru kepada semua orang Islam, khususnya di negeri Kedah, supaya mengutamakan syariat, takut pada syariat Allah, bukannya takut kepada undang-undang cuma undang-undang yang ada adalah untuk mendidik dan mengawal kita dalam melaksanakan tanggungjawab agama," katanya.Jelas beliau, sebelum ini tindakan dijalankan dalam bentuk peringatan dan pendekatan dakwah individu sahaja."Kali ini kita mengambil pendekatan undang-undang untuk mendorong masyarakat patuh pada perintah agama dan ia merupakan satu tanggungjawab pemerintah untuk memastikan masyarakat melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Muslim."Kita juga mengharapkan cakna orang ramai dari segi memberi maklumat dan juga memainkan peranan sendiri mengingatkan sesama masyarakat tentang keperluan tanggungjawab sebagai seorang Muslim," katanya.Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 13 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014 iaitu kesalahan berkaitan tidak menunaikan sembahyang Jumaat.Jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali.
Dua beradik gagal hadir solat Jumaat diberi notis

Key points
- YAN - Dua beradik dari Kampung Sungai Daun Tengah di sini diberikan notis hadir ke pejabat agama untuk siasatan lanjut kerana dikesan gagal menunaikan sembahyang Jumaat.
- Pegawai Agama Daerah Yan, Syeikh Mohd Ikmal Hafif Azmi berkata, kedua-duanya berusia 37 dan 23 tahun mengaku tidak sembahyang Jumaat ketika serbuan dilakukan anggota penguatkuasa agama hasil maklumat awam dan risikan.
- Menurutnya, operasi pertama kali dilaksanakan di Kedah itu membabitkan keseluruhan 18 anggota penguatkuasa wanita, anggota polis wanita dan bantuan PPA lelaki yang hadir selepas selesai solat Jumaat.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Also reported by Berita Harian
Story details
- Published
- By
- SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Tuanku Muhriz tunai solat Jumaat di Paroi Jaya
- Berita Harian PM solat Jumaat di Majid Putra menjelang Belanjawan 2027
- Sinar Harian Dua beradik gagal hadir solat Jumaat diberi notis (this story)








