KOTA KINABALU - Ibu Allahyarham Zara Qairina Mahathir berpendapat sesiapa sahaja boleh menulis catatan berbentuk kasar dan makian seperti yang terkandung dalam helaian diari yang dirujuk kepadanya di Mahkamah Koroner, di sini pada Jumaat.Noraidah Lamat, 46, berkata, beliau tidak pernah membaca catatan sedemikian dalam mana-mana buku diari anaknya sebelum ini, meskipun mengakui Zara Qairina mempunyai kebiasaan menulis catatan harian berkaitan persahabatan dan aktiviti hariannya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Nahra Dollah, yang mengendalikan inkues bagi menyiasat kematian Zara Qairina.Menjawab soalan Nahra mengenai catatan diari yang didakwa mengandungi luahan perasaan terhadapnya, Noraidah berkata, beliau tidak pernah membaca tulisan sedemikian daripada anaknya, sebaliknya Zara Qairina lazimnya meluahkan perasaan melalui kad ucapan."Saya tidak pernah membaca kandungan diari, tetapi Zara biasanya meluahkan perasaannya melalui kad ucapan. Contohnya kad hari jadi, kad hari ibu, dan kad 'Zara sayang Mama'," katanya.Ketika dirujuk kepada eksibit berbentuk helaian diari yang mengandungi perkataan 'aku tiada ibu', Noraidah tidak bersetuju bahawa catatan itu merupakan luahan perasaan anaknya terhadap beliau, walaupun mengakui tulisan berkenaan menggunakan bahasa kasar dan berbentuk makian."Saya tidak bersetuju kerana saya tidak pernah melihat penulisan Zara seperti ini," katanya.Ketika ditanya sama ada secara logiknya hanya Zara Qairina yang boleh menulis catatan sedemikian kerana mengandungi nama penuhnya dan perkataan 'Ibu', Noraidah menjawab bahawa orang lain juga berkemungkinan menulisnya."Boleh jadi orang lain pun boleh buat begini," katanya.Nahrah turut bertanya, adakah Noraidah bersetuju tulisan (terdapat perkataan 'babal') yang ada dalam helaian diari tersebut diluahkan terhadapnya memandangkan ada perkataan 'mama' di dalamnya."Tidak setuju," katanya bagi menjawab soalan tersebut.Bagaimanapun, Noraidah bersetuju kandungan itu ditulis dalam bentuk kasar dan berbentuk makian."Saya setuju dalam bentuk yang agak kasar dan berbentuk makian, tetapi saya tidak pernah melihat luahan seperti ini dalam mana-mana buku catatan Zara," katanya.Sementara itu, ketika dirujuk kepada helaian kertas seterusnya, yang mengandungi namanya, dan perkataan 'tidak payah melahirkan aku', Noraidah sekali lagi tidak bersetuju bahawa catatan itu merupakan luahan perasaan Zara Qairina terhadapnya, namun mengakui penggunaan bahasa dalam tulisan tersebut kasar.Beliau turut tidak bersetuju bahawa catatan helaian kertas diari yang mengandungi perkataan 'anak derhaka' dan 'mamaku' merupakan luahan perasaan anaknya terhadap beliau, meskipun mengakui catatan itu menggunakan bahasa kasar dan berbentuk makian."Sesiapa pun boleh menulis tulisan seperti ini," katanya ketika ditanya sama ada hanya Zara Qairina yang berkemungkinan menulis catatan berkenaan.Dalam prosiding sama, Noraidah mengesahkan beliau mengenali rakan-rakan Zara Qairina d