Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan (KKM) komited untuk melaksanakan amanah Kerajaan MADANI dengan penuh tanggungjawab, bagi memastikan rakyat Malaysia terus menikmati sistem kesihatan yang berkualiti, adil dan menyeluruh.
Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kementeriannya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang terus memberikan keutamaan kepada sektor kesihatan dalam Belanjawan 2027 yang dibentangkan, hari ini.
"KKM menerima peruntukan RM47.70 bilion dengan peningkatan RM1.18 bilion atau 2.55 peratus berbanding 2026 iaitu RM46.52 bilion.
"Daripada jumlah itu, RM40.95 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dengan peningkatan RM1.18 bilion atau 2.96 peratus berbanding RM39.78 bilion pada 2026.









