AMPANG – Ketika isu membabitkan Malaysia dan Indonesia kembali mencetuskan perdebatan, pelakon Fasha Sandha mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika menyuarakan pendapat, terutama apabila perkara tersebut menyentuh sensitiviti dua negara.

Ujar Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 41, perbezaan pendapat perlu diraikan secara matang tanpa mengetepikan adab dan rasa hormat, lebih-lebih lagi apabila melibatkan hubungan antara dua negara jiran.

“Isu ini sangat sensitif untuk diulas. Namun, bagi saya, apa sahaja perkara yang kita perkatakan, jangan sampai mengguris hati orang lain.