KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 dapat memperkukuhkan peluang kontraktor Bumiputera G1-G4 melalui peningkatan nilai perolehan khusus kepada RM7.5 billion berbanding RM4 billion tahun ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata belanjawan itu juga memperuntukkan hampir RM800 juta bagi kerja penyelenggaraan jalan Persekutuan termasuk RM350 juta untuk kontraktor di Sabah dan Sarawak.

"Walaupun peruntukan Belanjawan 2027 kali ini meningkat 1.78 peratus berbanding sebelum ini, KKR akan terus melaksanakan program yang sudah dimulakan pada tahun ini dengan lonjakan yang banyak pada belanjawan sebelum ini.

"Peruntukan bagi kerja kecil yang dilaksanakan melalui Jurutera Daerah iaitu sebanyak RM40 juta juga secara tidak langsung dapat memperkasakan kecekapkan dan keberkesanan bagi menangani masalah di peringkat di daerah," katanya pada sidang media selepas pembentangan Belanjawan 2027, di Dewan Rakyat, hari ini.