KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) komited melaksanakan amanah Kerajaan MADANI dengan penuh tanggungjawab, bagi memastikan rakyat terus menikmati sistem kesihatan berkualiti, adil dan menyeluruh.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata kementeriannya menghargai dan berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terus memberi keutamaan kepada sektor kesihatan dalam Belanjawan 2027 hari ini.

"KKM menerima peruntukan RM47.7 bilion dengan peningkatan RM1.18 bilion atau 2.55 peratus berbanding tahun 2026 sebanyak RM46.52 bilion.

Daripada jumlah itu, RM40.95 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dengan peningkatan sebanyak RM1.18 bilion atau 2.96 peratus berbanding RM39.78 bilion pada tahun 2026.