KUALA LUMPUR: Antara perkara yang biasa diperhatikan apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan belanjawan negara ialah penggunaan perkataan baharu yang jarang didengar atau digunakan.

Pemilihan istilah sedemikian begitu sinonim dengan Perdana Menteri yang berkelulusan Sarjana Muda Pengajian Melayu pengkhususan Sastera di Universiti Malaya (UM).

Pada pembentangan Belanjawan 2027, hari ini, Anwar menggunakan beberapa istilah yang jarang didengar termasuk 'waad' dan 'lighad'.

'Waad' dan 'lighad' ialah istilah bahasa Arab yang masing-masing bermaksud janji serta hari esok.