am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Persembahan malam pertama, komposer dan pengarah muzik terkenal, Aubrey Suwito menerusi National Symphony Orchestra (NSO) with Aubrey "Pop Meets Symphony" berjaya memukau kira-kira 1,000 penonton di Panggung Sari Istana Budaya, di sini, malam tadi.
Selain persembahan mantap penyanyi Ernie Zakri, Syamel dan Shiha Zikir, tayangan video penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi pengalaman bekerjasama dengan Aubrey turut mencuri perhatian.
Menurut Siti Nurhaliza, dia mengenali Aubrey ketika berusia 19 tahun.
"Saya mengenali beliau waktu konsert saya yang pertama dan waktu itu, usia saya tak salah 19 tahun. Kita buat kerja sahaja dan saya pun waktu itu fokus dengan nyanyian dan lagu.








