KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) dijanga bertanding lebih empat kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijadualkan 14 November ini.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata PN akan memuktamadkan perbincangan mengenai agihan kerusi dengan Barisan Nasional (BN) dalam masa terdekat.
"Kita sudah ada perbincangan peringkat awal, draf pertama tapi saya jangka dalam masa terdekat ini, kita akan muktamadkan menerusi perbincangan dengan UMNO dan BN.
"(Kita akan bertanding) lebih daripada empat," katanya ketika ditemui selepas pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, hari ini.










