MELAKA - Pakatan Harapan (PH) hampir pasti bertanding di antara 18 hingga 20 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, jumlah berkenaan bagaimanapun masih tertakluk kepada perkembangan rundingan dan keputusan Majlis Presiden PH."Itu hampir pasti. 18 paling kurang, 21 paling maksimum. Namun begitu, kalau keadaan terpaksa, mungkin kita bertanding 28."Itu yang sedang dipertimbangkan. Jadi kita lihat perkembangan perbincangan yang sedang berlaku dari semasa ke semasa," katanya selepas merasmikan Bilik Gerakan Utama PH di Bukit Baru di sini pada Khamis.Dalam pada itu, Amirudin berkata, rundingan dengan Barisan Nasional (BN) masih terbuka, namun menyifatkan keadaan ketika ini sebagai agak sukar."Dia terbuka tapi berkunci. PH ketika ini telah mempertimbangkan beberapa senario termasuk bertanding secara solo, membentuk gabungan besar (grand coalition) atau bekerjasama dengan parti-parti lain."Itu semua telah memberikan hasil daripada perbincangan yang berlaku. Jadi kita tunggulah kebijaksanaan Majlis Presiden untuk memutuskan," katanya.Menteri Besar Selangor itu berkata, keputusan berhubung perkara itu dijangka diketahui menjelang pengumuman senarai calon PH yang akan dibuat dalam tempoh seminggu lagi."Saya rasa tak begitu lama. Menjelang pengumuman senarai calon nanti kita akan dapatkan. Kita ada masa lagi berbaki seminggu lebih lagi."24 jam masih lagi terlalu lama untuk satu-satu waktu pilihan raya. Jadi macam-macam benda boleh berlaku dalam tempoh 24 jam," katanya.
PRN Melaka: PH bertanding minimum 18 kerusi, maksimum 20 kerusi atau lebih - Amirudin

Key takeaways
PH akan bertanding antara 18 hingga 20 kerusi dalam PRN Melaka, dengan kemungkinan meningkat jika diperlukan.
- PH akan bertanding antara 18 hingga 20 kerusi dalam PRN Melaka.
- Keputusan akhir bergantung pada rundingan dan keputusan Majlis Presiden PH.
- Rundingan dengan BN masih terbuka, tetapi situasi dianggap sukar.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAFIZA JAAFAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Berita Harian PRN Melaka: PN bimbang tak boleh bertanding
- Malaysiakini (BM) BN Melaka tegas mahu 21 kerusi, PH tanding solo
- Utusan Malaysia ‘Mungkin PH bertanding 28 kerusi’
- Sinar Harian PRN Melaka: PH bertanding minimum 18 kerusi, maksimum 20 kerusi atau lebih - Amirudin (this story)








