KUALA LUMPUR – Pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila berkongsi bukti pembayaran zakat dibuat setiap tahun termasuk bayaran RM300,000 yang dibuat pada 2025.Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin berkata, perkongsian berkenaan dibuat bagi membuktikan pembayaran zakat yang dilakukannya dan bukan untuk berbangga dengan jumlah yang dibayar."Resit ini untuk dibuktikan, bukan dibanggakan. Kalau sembang semua orang boleh sembang. Lagi-lagi sekarang zaman podcast, modal air liur sajalah."Alhamdulillah, rezeki yang ALLAH titipkan pada aku dengan izin ALLAH, aku turut berkongsi. Mana mungkin hak orang pula aku nak ambil," katanya dalam satu hantaran menerusi Thread pada Khamis.Menerusi perkongsian itu, Jep turut memaparkan rekod pembayaran zakat yang dibuatnya dari jumlah RM25,000 hingga RM300,000 antara 2016 hingga 2025.Dalam hantaran sama, Jep turut menzahirkan penghargaan kepada sebuah stesen televisyen menerusi program Sepahtu Reunion dan Sinar sepanjang tempoh berkenaan.Hantaran itu dibuat selepas Jep sebelum ini meluahkan rasa 'muak' terhadap isu membabitkan persahabatan selain meminta seorang individu tidak memainkan sentimen berkenaan dalam urusan pemasaran dan publisiti.Menerusi hantaran di Facebook miliknya sebelum ini, Jep memaklumkan, permohonan maaf sudah dibuat olehnya walaupun mendakwa pelbagai perkara dilakukan individu terbabit terhadapnya sebelum ini.