JOHOR BAHRU - Polis mengesahkan insiden tembakan melibatkan anggotanya berlaku berhampiran Zoo Johor di Jalan Gertak Merah di sini, hari ini.Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, seorang orang awam cedera dalam kejadian itu."Saya sahkan berlaku tembakan melibatkan anggota polis dan mangsa orang awam cedera. Sidang media akan dibuat pada 11 pagi esok," katanya ringkas ketika dihubungi Bernama hari ini.Tinjauan Bernama di lokasi mendapati laluan menghala ke Zoo Johor ditutup manakala kawasan sekitar dikawal ketat oleh anggota polis.Selain itu, beliau berkata sidang akhbar itu juga akan memaklumkan perkembangan baharu siasatan kes kematian pelajar tingkatan empat Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, di Yong Peng, Batu Pahat.Pada 3 Oktober, Irene Sofiya ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di dewan sebuah sekolah di Yong Peng sebelum disahkan meninggal dunia.Susulan kejadian itu, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun direman enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama
Polis sahkan insiden tembakan berhampiran Zoo Johor, seorang cedera
JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Kejadian tembakan membabitkan anggota polis dan orang awam berlaku di Jalan Gertak Merah berhampiran Zoo Johor, di sini pada...

Key takeaways
Polis mengesahkan kejadian tembakan berhampiran Zoo Johor yang menyebabkan seseorang cedera.
- Kejadian tembakan melibatkan anggota polis dan orang awam di Jalan Gertak Merah.
- Ketua Polis Johor akan mengadakan sidang media untuk memberi keterangan lanjut.
- Siasatan kes kematian pelajar Irene Sofiya juga akan dibincangkan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia , Berita Harian
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Berita Harian Dua maut, 35 cedera insiden tembakan di Georgia, AS
- Sinar Harian Polis sahkan insiden tembakan berhampiran Zoo Johor, seorang cedera (this story)








