JOHOR BAHRU: Satu kejadian tembakan berlaku di Jalan Gertak Merah berhampiran Zoo Johor di sini, hari ini, dengan terdapat orang awam dilaporkan cedera.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad, ketika dihubungi mengesahkan insiden itu dan memaklumkan akan mengadakan sidang media mengenainya, esok.

"Saya mengesahkan berlaku tembakan membabitkan anggota polis serta orang awam yang cedera.

"Siasatan di tempat kejadian masih dijalankan," katanya.

Sementara itu, hasil tinjauan di lokasi kejadian mendapati kereta dipercayai dipandu mangsa dalam insiden terbabit masih berada di kawasan berkenaan.