PONTIAN - Tiga beradik yang maut dalam kemalangan membabitkan motosikal dan lori pagi tadi, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Haji Siraj dekat sini pada Khamis.Jenazah Nor Daniel Aiman Norlizan, 18, Nor Daniel Fikri Norlizan, 11, dan Puteri Naufa Raisha Norlizan, 8, dikebumikan pada jam 7.30 malam selepas disolatkan di Masjid Jamek Kampung Parit Haji Siraj.Bapa mereka, Norlizan Khamis, 42, berterima kasih kepada semua pihak yang hadir memberikan sokongan dan membantu keluarga mereka sepanjang urusan pengurusan jenazah tiga beradik berkenaan.Beliau turut menghargai keprihatinan pelbagai pihak berterima kasih pihak sekolah, agensi berkaitan serta penduduk setempat yang membantu.ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi berdarah: Tidak tahu sekolah tutup, tiga beradik maut dalam perjalanan ke sekolahTiga beradik maut: 'Saya dah beritahu tak payah pergi sekolah, tetapi mereka beria-ia mahu ke sekolah' - IbuTiga beradik maut: CCTV rakam mereka tiba di sekolah dan berpatah balikKetiga-tiga beradik itu maut selepas motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori kira-kira jam 7.20 pagi tadi di Jalan Kampung Parit Haji Siraj.Nor Daniel Fikri dan Puteri Naufa merupakan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Sapran.Nor Daniel Fikri dan Puteri Naufa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala Nor Daniel Aiman meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Hospital Pontian.Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Hadzrat Hussein Mion Hussain berkata, siasatan awal mendapati motosikal berkenaan dipercayai bertembung dengan lori dari arah bertentangan.Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca serta keadaan sebenar kemalangan.Sebelum kejadian, ibu mangsa, Julaiha Munaji, 44, sudah memaklumkan kepada dua anaknya yang bersekolah rendah bahawa sekolah ditutup susulan keadaan jerebu.Bagaimanapun, Nor Daniel Fikri dan Puteri Naufa tetap berkeras mahu ke sekolah, menyebabkan abang mereka membawa kedua-duanya sebelum mereka berpatah balik selepas dimaklumkan sekolah ditutup.