PONTIAN: Tiga beradik yang maut dalam kemalangan membabitkan motosikal dan lori di Jalan Parit Haji Sirat, di sini, pagi tadi, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Haji Siraj di sini, malam ini.
Jenazah Nor Daniel Aiman Norlizan, 18; Nor Daniel Fikri Norlizan, 11; dan Puteri Naufa Raisha Norlizan, 8, dikebumikan pada jam 7.30 malam selepas disolatkan di Masjid Jamek Kampung Parit Haji Siraj.
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan ketika ketiga-tiga jenazah dibawa ke liang lahad untuk disemadikan.
Sementara itu, ayah mangsa, Norlizan Khamis, 42, berterima kasih kepada semua pihak yang hadir memberikan sokongan dan membantu keluarga mereka sepanjang pengurusan jenazah tiga beradik berkenaan.








