KUALA LUMPUR: Peluang kontraktor Bumiputera G1-G4 melalui peningkatan nilai perolehan khusus kepada RM7.5 bilion berbanding RM4 billion pada 2026 dapat diperkukuhkan menerusi Belanjawan 2027.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihak kementerian akan terus melaksanakan program yang sudah dimulakan pada tahun lalu selepas menyaksikan peningkatan lonjakan 1.78 peratus berbanding belanjawan sebelum ini.

“Peruntukan bagi kerja-kerja kecil yang dilaksanakan melalui Jurutera Daerah iaitu sebanyak RM40 juta juga secara tidak langsung dapat memperkasakan kecakapan dan keberkesanan bagi menangani masalah di peringkat di daerah.

“Selain itu, hampir RM800 juta peruntukan bagi kerja penyelenggaraan Jalan Persekutuan termasuk RM350 juta untuk kontraktor di Sabah dan Sarawak,” katanya ketika sidang akhbar selepas pembentangan Belanjawan 2027, di pekarangan lobi Parlimen, hari ini.