KUALA LUMPUR: Harga tiket pawagam bagi filem tempatan di Wilayah Persekutuan sepatutnya diturunkan susulan pengecualian penuh duti hiburan yang diumumkan kerajaan menerusi Belanjawan 2027.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, pihaknya akan menghubungi Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) bagi membincangkan pelaksanaan langkah itu supaya manfaat pengecualian berkenaan turut dinikmati penonton.

“Kerajaan telah memberikan pengecualian duti hiburan, maka harga tiket di pawagam di Wilayah Persekutuan sepatutnya turun,” katanya kepada pemberita selepas pembentangan Belanjawan 2027 di Parlimen, hari ini.

Pengecualian penuh duti hiburan bagi tiket filem tempatan dan persembahan teater tempatan di Wilayah Persekutuan mulai tahun depan