Kuala Lumpur: Pembentangan Belanjawan 2027 mencerminkan pendekatan pragmatik kerajaan dalam mengimbangi pertumbuhan ekonomi, daya saing serta kemampanan secara berterusan dengan disiplin tanggungjawab fiskal yang mampan.
Ketua Pegawai Eksekutif United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (UOB Malaysia), Datuk Ng Wei Wei berkata, langkah strategik yang digariskan itu dijangka mampu memperkukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama, sekali gus memberikan kelebihan saing dalam jangka masa panjang.
"Sektor korporat dan kewangan menyambut baik komitmen berterusan kerajaan untuk memperkemas serta memperkasakan ekosistem pelaburan negara menerusi pelbagai peruntukan dan polisi terancang.









