PETALING JAYA: Belanjawan 2027 berpotensi mempercepat pertumbuhan ekonomi negara menerusi pengukuhan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), pendigitalan, ekonomi halal serta pelaburan dalam sektor tenaga boleh diperbaharui.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam Malaysia Berhad, Raja Datin Paduka Teh Maimunah Raja Abdul Aziz berkata, tumpuan berterusan terhadap sektor strategik itu menyediakan asas bagi meningkatkan produktiviti, memperkukuh daya tahan ekonomi dan mewujudkan nilai mampan untuk jangka panjang.
Menurut bank itu, fasa pembangunan ekonomi seterusnya bukan sahaja bergantung kepada akses pembiayaan, malah keupayaan menggembleng sumber, inovasi dan bakat secara berkesan bagi meningkatkan daya saing serta merangsang aktiviti ek









