Batu Pahat: Dua wanita maut selepas Perodua Myvi dinaiki mereka terbakar susulan kemalangan dengan sebuah lori di Batu 1, Jalan Yong Peng-Ayer Hitam, di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 4.20 petang itu, pemandu kereta, Siti Nur Batrisya Mohd Khalid, 22, dan penumpangnya, Siti Nurmaisarah Abd Jalil, maut selepas dipercayai terperangkap di dalam kenderaan berkenaan.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Mohd Shamin Mohamed Salikin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.25 petang.
"Setibanya di lokasi, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) mendapati kebakaran kereta berlaku akibat kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan, iaitu Perodua Myvi dan sebuah lori.









