PUTRAJAYA – Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra, sebentar tadi dimanfaatkan jemaah untuk bertanyakan mengenai intipati Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan petang ini.
Sejurus selesai solat Jumaat, ada beberapa jemaah mendekati Perdana Menteri ketika beliau berjalan menuju ke kenderaan.
Beberapa perkara dicadangkan termasuk membabitkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan perumahan, namun ia tidak didedahkan lanjut oleh Perdana Menteri.
Anwar yang ditemui media memaklumkan, perkara (cadangan) itu diutarakan beberapa jemaah ketika beliau sedang berjalan menuju ke kenderaan sejurus selesai menunaikan solat Jumaat tadi.
“Ni jalan-jalan ni, tiga empat orang ada cadang itu, ada cadang ini, ada sebut PTPTN, ada seorang pasal rumah,” katanya.








