KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengingatkan pihak sekolah supaya tidak menyembunyikan kes buli semata-mata mahu menjaga imej serta prestasinya.
Beliau berkata tindakan menyembunyikan masalah itu kerana bimbang prestasi sekolah terjejas hanya akan mengorbankan kebajikan pelajar yang mungkin mengalami tekanan dan ketakutan untuk ke sekolah.
“Masalah ada dan kadang-kadang dilindungi kerana tak nak imej buruk, nak jaga prestasi sekolah, bagi pandangan baik.
“Padahal anak-anak merasa terdera, tertekan masuk ke sekolah. Saya setuju apa yang digesa polis, jangan sembunyikan,” katanya ketika waktu pertanyaan perdana menteri di Dewan Rakyat.





