Menteri Wilayah Persekutuan Hannah Yeoh sertai JKM, DBKL serta agensi lain dalam operasi ketiga KL Strike Force tahun ini, saksi sendiri cabaran di lapangan. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Kerajaan akan menyemak semula data operasi membabitkan gelandangan sejak dua hingga tiga tahun lalu bagi mengenal pasti kelompangan dalam bantuan serta mengelakkan mereka yang diselamatkan kembali ke jalanan .
Menteri Wilayah Persekutuan Hannah Yeoh berkata, pada Selasa, beliau menyertai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta agensi lain dalam operasi ketiga KL Strike Force tahun ini, menyaksikan sendiri cabaran di lapangan .
"Selepas disaring, mereka dirujuk kepada agensi berkaitan tetapi tanpa kemudahan dan bantuan susulan yang mencukupi, masalah yang sama boleh berulang," katanya menerusi hantaran Facebook.









