KUALA LUMPUR: Peruntukan RM2.62 bilion bagi bantuan kepada pesawah dan RM300 juta untuk projek agro makanan di bawah Belanjawan 2027, perlu diterjemah kepada peningkatan bekalan makanan domestik serta memastikan harga kekal mampu dibeli pengguna.
Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Dr Saravanan Thambirajah, berkata bantuan kira-kira RM4,300 sehektar kepada pesawah, termasuk subsidi benih, baja, racun, upah membajak dan harga padi serta peningkatan insentif penuaian daripada RM50 kepada RM100 sehektar bagi setiap musim, langkah penting untuk membantu pesawah menangani peningkatan kos pengeluaran.
Katanya, cadangan program penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun berpotensi meningkatkan pengeluaran beras tempatan, sekiranya disokong sistem pengairan mencukupi, bekalan air yang stabil, teknologi pertanian moden serta perancangan pertanian yang teratur.










