Kuala Lumpur: Penambahan jumlah pemegang lesen sampan khas daripada 17,000 kepada 20,000 nelayan menerusi Belanjawan 2027 disambut baik kerana membuka peluang kepada lebih ramai golongan itu menikmati bantuan dan geran kerajaan.
Nelayan, Asmadi Ahmad @ Che Amat, 45, berkata, penambahan lesen berkenaan membolehkan lebih ramai nelayan berdaftar mendapat manfaat daripada inisiatif disediakan bagi membantu mereka meneruskan kegiatan menangkap ikan dan meningkatkan pendapatan.
"Lebih banyak sampan berlesen bermakna lebih ramai nelayan berlesen yang akan mendapat manfaat daripada setiap bantuan dan geran yang disediakan," katanya.
Beliau turut menyambut baik penyaluran insentif hasil tangkapan kerana langkah itu dapat mendorong nelayan meningkatkan hasil tangkapan, selain memberi perhatian terhadap pemuliharaan perairan bagi memastikan sumber perikanan terus terpelihara.









