SEREMBAN: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Kariah Taman Paroi Jaya, di sini, hari ini.

Baginda diiringi Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Panglima Besar Tunku Zain Al-'Abidin.

Ketibaan baginda pada jam 1 tengah hari disambut oleh Imam 1, Ustaz Ahmad Taufik Hamdan.

Selesai menunaikan solat Jumaat, Tuanku Muhriz bersama dua anakanda menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak, yang menjadi antara kelaziman baginda ketika menghadiri solat Jumaat bersama rakyat.

Ahli jemaah dari pelbagai peringkat tidak melepaskan peluang untuk bersalam dengan baginda.