am@hmetro.com.my
Seremban: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Kariah Taman Paroi Jaya, di sini, hari ini, sebagai sebahagian daripada langkah baginda mendekati rakyat.
Baginda diiringi dua anakanda, Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Panglima Besar Tunku Zain Al-'Abidin.
Ketibaan baginda pada jam 1 tengah hari disambut ahli jawatankuasa masjid termasuk Imam 1, Ustaz Ahmad Taufik Hamdan.
Selesai menunaikan solat Jumaat, Tuanku Muhriz bersama dua anakanda menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak, yang menjadi antara kelaziman baginda ketika menghadiri solat Jumaat bersama rakyat.






