KUALA LUMPUR: Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque Production, Datuk Burhanuddin Md Radzi, berharap kerajaan negeri turut memansuhkan cukai hiburan bagi tayangan filem di pawagam bagi memperkukuh daya saing industri perfileman tempatan.
Harapan itu disuarakan susulan pengumuman pengecualian duti hiburan bagi tiket filem dan persembahan teater tempatan di Wilayah Persekutuan mulai tahun depan, selain peruntukan lebih RM130 juta menerusi Belanjawan 2027 bagi menyokong sektor perfileman, muzik dan kandungan kreatif.
Burhanuddin menyambut baik inisiatif berkenaan yang disifatkan mampu membantu perkembangan industri kreatif, namun berpandangan langkah memansuhkan cukai hiburan di peringkat negeri juga wajar dipertimbangkan.









