BATU PAHAT: Dua dikhuatiri maut apabila kenderaan dinaiki terbakar selepas terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Batu 1, Jalan Yong Peng-Ayer Hitam dekat sini, jam 4.20 petang tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam, Mohd Shamin Mohamed Salikin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.25 petang.
"Dua mangsa tersepit di dalam kereta berkenaan. Kerja menyelamatkan mangsa masih dilakukan," katanya dalam kenyataan di sini.








