Kuala Lumpur: Keberkesanan Belanjawan 2027 yang dibentangkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim, perlu dinilai berdasarkan perubahan sebenar terhadap kuasa beli, peluang pekerjaan dan kesejahteraan isi rumah, bukan sekadar jumlah peruntukan diumumkan.
Pakar Ekonomi Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Abdul Rahim Abdul Samad berkata, kejayaan belanjawan bergantung pada pelaksanaan, ketelusan dan keberkesanan penyampaian manfaat kepada rakyat.
Menurutnya, kerangka keseluruhan Belanjawan 2027 meningkat kepada RM510 bilion berbanding RM470 bilion pada 2026, namun perbelanjaan pembangunan hanya berpotensi merangsang permintaan domestik dan peluang pekerjaan sekiranya projek dilaksanakan tepat pada masanya serta menggunakan rantaian bekalan tempatan.









