KUALA LUMPUR: Komitmen kerajaan menamatkan sistem doktor kontrak dan menawarkan pelantikan tetap kepada lebih 9,000 doktor tahun depan satu pencapaian penting untuk sektor kesihatan negara.
Presiden MMA, Dr Sivanaesan Letchumanan, berkatakeputusan itu satu pencapaian penting dan memenuhi salah satu tuntutan utama persatuan itu sejak sekian lama dalam memberikan jaminan pekerjaan serta kepastian kerjaya kepada doktor muda.
"MMA juga menyambut baik peningkatan keseluruhan peruntukan Kementerian Kesihatan (KKM) kepada RM47.7 bilion bagi tahun 2027 berbanding RM46.5 bilion pada tahun 2026," katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu, MMA meluahkan kebimbangan mengenai isu kekurangan doktor pakar yang kini mencecah hampir 11,000 orang di seluruh negara.









