Batu Pahat: Dua dikhuatiri mati apabila Perodua Myvi dinaiki terbakar selepas terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Batu 1, Jalan Yong Peng-Ayer Hitam, dekat sini, jam 4.20 petang, hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam Mohd Shamin Mohamed Salikin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan, jam 4.25 petang.

"Kemalangan membabitkan Perodua Myvi dan sebuah lori. Kereta berkenaan terbakar dan dua mangsa tersepit di dalamnya.

"Kerja-kerja menyelamatkan mangsa masih dilakukan," katanya pada kenyataan.