KUALA LUMPUR: Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) akan melabur sebanyak RM2 bilion untuk memperkasa syarikat Bumiputera, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, umpamanya Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) dan Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) akan membantu syarikat Bumiputera menuju penyenaraian awam dan memperkukuh pemilikan hartanah strategik.
"Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) juga mewujudkan Dana Ciptawan berjumlah RM250 juta untuk menyokong pertumbuhan syarikat pertengahan Bumiputera," katanya.
Perdana Menteri berkata, selain itu, taman solar berpusat untuk bangunan kerajaan akan dibangunkan dengan pelaburan RM1.5 bilion.








