KUALA LUMPUR: Komitmen Kerajaan MADANI bagi memperkukuh syiar Islam di negara ini dizahirkan menerusi peningkatan peruntukan Belanjawan 2027 daripada RM2.6 bilion kepada RM3.1 bilion.

Antara tumpuan utama ialah memperkasa dan mengiktiraf institusi pondok dan turath dalam negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata bagi memelihara keilmuan turath, Kerajaan MADANI menubuhkan Majlis Penasihat Pondok dan Turath Malaysia.

"Penubuhannya membabitkan tokoh ulama antarabangsa antaranya Syeikh Ali Gomaa dan Syeikh Idris al-Fasi.